Friday, August 6, 2010

Hari Raya Korban 2010


Hari Raya Qurban di Malysia ditentukan pada 17 November 2010 bersamaan 10 Zulhijjah 1431 dua hari lewat dari Ukuf di Arafah.

Majlis bermula dengan sembahyang hari raya pada jam 08.30 pagi. Khutbah disampaikan oleh Ustaz Abu Bakar Bakilani merangkap Pengerusi Qaryah Taman Quar perahu. Sembahyang diImamkan oleh Ustaz Hj Ismail bin Termizi Imam masjid SABAS.

Turut sama bersembahyang ialah Dato Dr Mansor bin Othman ADUN Penanti.

Selesai sahaja solat hari raya anak qaryah menyiapkan diri untuk sama sama membantu Majlis Qurban diperkarangan masjid. Jumlah Qurban kali ini sebanyak 15 ekor penyertaan dari anak qaryah.

Sembelihan dilakukan sendiri oleh Ustaz Abu Bakar Bakilani manakala kerja kerja melapah dibawa khas pakar melapah dari Sik dan kerja kerja lain dibantu oleh anak qaryah.

Bermula dari 10.00 pagi berakhir hingga lewat petang jam 6.00.

Pihak urusetia bagaimana pun memohon kemaafan diatas serba kekurangan dan ketidak mencukupi daging yang dapat diagihkan. Insyaallah tahun hadapan kita cuba atasinya.

Majlis Kesyukuran Menyambut Ramadhan dan Aqiqah



Satu majlis kenduri kesyukuran akan diadakan pada 8 Ogos 2010 bersamaan 27 Syaaban 1431 hari Ahad. Pada sebelah pagi penduduk qaryah akan mengadakan aktibiti gotong royong membersih persekitaran masjid SABAS dan kawasan perkuburan.

Bagi yang terlibat dengan memasak akan menjalankan kerja kerja memasak.
Majlis tahalil akan diadakan pada jam 11.00 dan selepas itu jamuan nasi dimulakan.





2 ekor lembu ditumbangkan dengan seramai 14 orang terlibat dengan Aqiqah dan sumbangan ikhlas dari anak qaryah sempena menyambut Ramadhan Al Mubaraq.
Semua anak qaryah dan perkampungan berhampiran dijemput untuk meraikan majlis ini.

Wednesday, April 21, 2010

Sejarah Masjid


Masjid Taman Guar Perahu dikenali sebagai Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Berada di kawasan Guar Perahu dengan pekan kecil nya Kubang Semang atau lebih dikenali dengan Pekan Penanti. Jumlah perumahan melebihi seribu empat ratus buah rumah.
Pada peringkat awal masjid ini dikategorikan sebagai surau sebelum di naiktaraf menjadi masjid dengan keluasan yang sederhana besar.

Taman Guar Perahu dikelilingi dengan beberapa perkampungan tradisional saperti Mengkuang Mak Sulung, Kuala Mengkuang atau dikenali dengan Panggilan Mengkuang Keretapi. Padang Ibu, Guar Perahu dan direntasi dengan pinggiran Sungai Kulim menyusur dari Kedah hingga ke laut.

Disamping itu juga Taman ini tidak sunyi dengan bunyian berjadual dimana laluan keretapi merentasi menghala ke utara dipinggir taman berhampiran perkuburan.

Alhamdulillah Taman ini telah pun mempunyai perkuburannya sendiri tanpa perlu menumpang dengan perkuburan masjid lain seperti sebelum ini.